Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Selalu Mengadu Penat Dan Sakit Dada Lepas Makan Produk Kecantikan, Pak Andam Maut Ketika Tidur

loading...

Seorang lelaki yang merupakan Pak Andam ditemui mati dalam bilik tidurnya di rumahnya di Guchill 6, Kuala Krai kira-kira jam 10 pagi semalam. 

Memetik laporan Harian Metro, mayat Rudy Alpian Zahari atau lebih dikenali sebagai Aechik oleh penduduk sekitar ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya yang cuba mengejutkannya dari tidur. 

Rakan serumahnya, Mohammad Yaacob dikatakan cuba mengejutkan mangsa kerana mereka seharusnya ke sekolah berhampiran untuk menggubah bunga. 

"Bagaimanapun selepas beberapa kali mengejutkan Aechik, dia masih tidak sedarkan diri. Saya mendapati badannya sejuk dan tiada denyutan nadi. Saya kemudian terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya. 

Hasil siasatan awal pihak polis menjumpai kesan tompokan dara di bawah bantal yang digunakan mangsa untuk tidur. 


"Turut ditemui kesan darah di bahagian kanan dan kiri leher mangsa. Bagaimanapun tiada kesan geledah di biliknya," katanya.

Aechik dilaporkan berhasrat untuk menyertai pertandingan ratu cantik yang berlangsung di Thailand dan mengamalkan diet ketat sejak beberapa bulan lalu. 

Mangsa dikatakan telah menghabiskan tujuh botol pil pelansing dalam bentuk kapsul dari satu produk kesihatan selain hanya makan nasi seminggu sekali dan memuntahkan semula nasi tersebut. 

Menurut majikan mangsa, Aechik sering mengadu penat dan sakit dada sejak mengambil produk tersebut beberapa bulan lalu. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. -www.kakishare.tv

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.