Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Status Terakhir Undang Pilu .. Zuan Terkulai Layu Di Lorong Kecemasan (7 Gambar)

loading...
Kuala Lumpur : Status terakhir dilaman sosial sebelum dijemput ajal mengundang pilu rakan baik kepada Mohd Sazzuan Mohd Agus,30, apabila dia maut kereta yang dipandunya rempuh belakang treler di lorong kecemasan awal pagi semalam.

Sebelum kejadian malam tersebut Zuan memuat naik status membeli nasi lemak dilaman sosial distatus itu lah Zuan dan rakan baik nya Emeerul Syazwan bersembang sambil bergurau  tidak disangka pagi itu kawan baik nya bangun dan mendapat perkhabaran Zuan  telah tiada maut kemalangan.

Kereta dipandunya Sazzuan atau zuan melanggar belakang sebuah treler muatan besi yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian dekat susur ke Bukit Jalil selepas tol Sungai Besi pada jam 6.45 pagi, semalam.




Zuan memandu kereta kesayangan  jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar.

Sebaik hampir tiba di susur ke Bukit Jalil, Zuan dipercayai tidak menyedari sebuah treler berhenti di bahu jalan dan melanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Zuan dipercayai tidak sempat menekan brek dan melanggar bahagian belakang treler itu.

“Akibat pelanggaran itu, Zuan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan awal mendapati pemandu treler berkenaan berhenti di lorong kecemasan kerana menghubungi majikannya disebabkan tidak tahu jalan menghantar muatan besi yang dibawa.

“Ketika berhenti di lorong kecemasan, pemandu berkenaan tidak meletakkan sebarang tanda amaran di belakang treler dipandunya menyebabkan mangsa tidak menyedari treler dalam keadaan berhenti.

“Buat masa ini, tiada saksi yang melihat kejadian tampil membuat laporan dan kawasan itu juga tidak mempunyai kamera litar tertutup,” katanya. semoga roh Zuan dicucuri rahmat. Al fatihah.

Sumber Accidentportal

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.