Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

(Video & Gambar) ‘Goku’ Terengganu bakar kuih tradisional tarik perhatian netizen... 'Naruto' pun ada !

loading...
KUALA TERENGGANU – Kemunculan lelaki berpakaian watak utama siri animasi Dragon Ball, Son Goku di sebuah gerai menjual kuih tradisional di sini menjadi topik bualan hangat di media sosial.

Gambar lelaki berambut putih itu mula tular minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pembaca dengan kebanyakannya menyifatkan ia sebagai tarikan baharu.

Selain itu, kebanyakan pengguna laman sosial khususnya dari Terengganu mengakui mengenali lelaki itu yang digelar Pok Lan.

 Seorang pengguna facebook, ArePeace Sha&Fiy berkata, Pok Lam ialah pemilik gerai kuih tradisional Terengganu, kuih menganang dan kuih bakar di Jalan Bukit Bayas, di sini dan sifatkan dia seorang ‘legend’.

Sementara itu, Pok Lan atau nama sebenarnya Roslan Mustaffa, 50, berkata, beliau tidak menyangka idea memakai pakaian siri animasi itu mencuit hati pengguna laman facebook dan menjadi tular sehingga menerima banyak panggilan dari luar bertanyakan mengenai perkara itu.

“Sebenarnya cadangan nak pakai kostum ini sekadar suka-suka sebab kami sekeluarga memang minat siri animasi ini.

“Kebetulan sebelum ini, kami sekeluarga ke Kuala Lumpur, jadi kesempatan itu diambil bagi mendapatkan pakaian watak animasi ini dari sebuah kedai di sana,” katanya.

Anak jadi Naruto, Sasuke
Katanya, selain dia, dua lagi anaknya turut mendapatkan pakaian watak kartun yang mereka minat iaitu dari siri animasi Naruto, Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke.

“Dua lagi anak saya turut memakai pakaian dua watak kartun daripada cerita Naruto dan mereka akan bantu saya berniaga pada hari cuti sekolah,” katanya.
Ditanya mengenai kepuasan mengenakan pakaian watak kartun itu, katanya, dengan sambutan yang menggalakkan, ia berbaloi selain dapat menghiburkan hati pelanggan.

“Saya rasa dengan sambutan hangat yang ditunjukkan ini, ia amat berbaloi walaupun saya terpaksa berbelanja lebih bagi membeli tiga kostum yang ada buat masa ini.

“Nilai pakaian ini juga tidak menentu, ada yang RM100 lebih, ada yang RM200 lebih. Macam pakaian Goku, bagi harga penuh untuk set lengkap dari kasut hingga ke rambut mencecah RM500,” katanya.

Roslan yang berasal dari Kampung Gelong Gajah, di sini, berkata, sebenarnya dia sekeluarga merancang berpakaian karakter animasi itu sepanjang Ramadan ini bagi memberikan kelainan ketika berniaga kuih di gerainya itu.

“Pakaian ini sebenarnya untuk dipakai sepanjang berniaga pada bulan puasa nanti. Jadi, ini adalah percubaan. Tapi kita nampak ramai yang suka dan rasa ia adalah sesuatu yang baharu, lain dari yang lain.

“Jadi, Insyaa-ALLAH, sepanjang Ramadan ini nanti saya termasuk semua pekerja yang dijangka bertambah hingga 10 orang di gerai ini akan memakai pakaian siri animasi Jepun dengan pelbagai watak bagi memberi kelainan kepada pelanggan,” katanya yang kini dibantu seramai empat pekerja.
Kredit TT

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.