Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Video Jelas: Iqram Dinzly Gelar Nabi Muhammad SAW Sebagai "Che Mat" Semasa Siaran Melodi TV3

loading...

Semalam, pelakon kontroversi, Iqram Dinzly sekali lagi menjadi bahan kritikan netizen apabila dia memberi gelaran ‘Che Mat’ kepada Nabi Muhammad SAW ketika ditemubual dalam program hiburan ‘Melodi‘ yang bersiaran secara langsung di saluran TV3.

Jelas iqram mengatakan;  “Tok Guru saya adalah ‘Che Mat’, Muhammad, Nabi Muhammad saw, dan Maha Guru saya Allah swt.”

Susulan itu, pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary tampil menegur Iqram dengan sekeras-kerasnya kerana kenyataannya itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan dia perlu bertaubat.

“Kita perlu berhati-hati memberi nama kepada Nabi Muhammad, Allah berfiman dalam Al-Quran, bahawa janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).

“Itu perkara asas yang mana anak-anak kecil pun tahu tentang itu, bagaimana dia boleh bercakap di televisyen secara langsung dengan ditonton oleh semua masyarakat,” ujarnya


Dalam pada itu, Ustaz Abu Syafiq berkata, pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) seharusnya memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon berkenaan.

Tambahnya, ia bukan kali pertama kelakuan pelakon itu mempersendakan Islam kerana sebelum ini pernah menconteng kalimah Allah SWT di dahi.

“Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan tegas terhadap pelakon ini. Jangan duduk senyap kerana Iqram sudah menghina nama Nabi secara umum,” katanya lagi.

Iqram menjadi tetamu jemputan dalam program Melodi menerusi segmen baharu Cerita Sini Habis Sini.

Menerusi segmen yang dikendalikan oleh penerbitnya Michelle Wee itu, Iqram berkongsi luahan hati apabila dituduh tidak waras akibat video-video aksi pelik yang tular di media sosial.

Sementara itu, saudara Al Irfan Jani di facebooknya menyeru rancangan Melodi TV3 dihentikan serta-merta kerana kelemahan mereka menguruskan acara LIVE pada 7 Januari itu.

Katanya, bagi yang belum tahu, semalam, saudara Iqram Dinzley menggelar nama Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam, sebagai “Che Mat”. Anda boleh siasat sendiri di FB atau Youtube.
Alangkan nama Sultan/Agong kalau kita tersalah sebut pun dah boleh dikenakan Akta Hasutan, inikan pula nama seorang Nabi yang teragung.

Saya tidak menuding jari kepada saudara Iqram kerana kita tidak tahu apakah status kesihatan beliau (saya pun tak pasti kenapa ustaz-ustaz yang sahkan status itu, dan bukannya pakar psikiatri).

Namun, saya melihat kes semalam sebagai silap urus acara LIVE, yang banyak kali dibuat oleh TV3.
Tiada salahnya Media Prima menangguh beberapa saat ataupun minit untuk sesetengah acara LIVE, seperti mana yang diamal oleh syarikat media lain (Live Delay), supaya dapat menapis atau memotong konten yang sensitif. Terutama dalam acara LIVE, melibatkan sensitiviti seperti acara lawak, diskusi politik dll.

Kita faham begitu ramai yang mencari rezeki di Media Prima. Maka bagi tidak menghukum secara total, cukuplah digugurkan program Melodi sahaja dari jentera TV3.

Seperti mana yang pernah dibuat oleh Media Prima untuk sebuah bual bicara LIVE mereka yang dikecam kerana menghina isteri Rasulullah.

Lagipula, banyak kali Melodi telah disaman dan KALAH di mahkamah kerana ganggu privasi selebriti (acara ‘terjah’ oleh wartawan Nas Ahmad). Dah berapa kali Melodi turun naik mahkamah, Jan 2009-Mac 2010, Nov 2012, Dis 2013.

Namun, Melodi masih tidak belajar apa-apa lagi. Sudahlah 2018 siap dicanang Melodi telah ubah waktu siaran. Diawalkan dari biasa. Malah, DITAMBAH pula sehingga waktu siaran sejam setengah, lebih dari biasa.

Demi kebaikan Media Prima, yang kini semakin parah kerana slot harga iklan terpaksa ‘dilelong’ murah, kita percaya TV3 masih boleh bertahan jika tampil dan perbaiki keadaan.

Tampil minta maaf.

Hentikan Melodi.

Dan lambakkan idea-idea hiburan yang mendidik di masa akan datang.
Mohon SHARE sebagai tanda petisyen dan menggesa TV3 berbuat tindakan.

Mstar Online, FB Al Irfan Jani
Kredit Infokini

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.