(4 Foto) Menyayat Hati! Isteri Hanya Mampu Lihat Suami Dijilat Api Selepas Kereta Langgar Treler
loading...
Menjelang penghujung tahun, ramai yang akan pergi bercuti dengan keluarga dan teman. Jalan raya pasti akan sibuk dengan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing.
Namun, malang tidak berbau. Kadangkala, walaupun pelbagai langkah sudah diambil namun faktor luaran seperti sikap pemandu lain turut menjadi punca kemalangan jalan raya.
Memetik laporan NST, satu nahas jalan raya berlaku di KM 41 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kulai kira-kira jam 6 pagi tadi.
Kemalangan itu telah meragut nyawa Muhammad Rusdi Yakob, 29 manakala isteri mangsa Salwa Atasha dan anak mereka Nuraisha Sofiah berusia 3 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
Apa yang menyayat hati apabila Salwa hanya mampu melihat suaminya rentung selepas kereta Proton Persona mereka hangus dijilat api.
Mangsa memandu kenderaan tidak dapat meloloskan diri dari kereta selepas berlaku perlanggaran kerana tersepit di kerusi pemandu.
Salwa yang duduk di bahagian penumpang dan Nuraisha pula duduk di belakang berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai berada di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mereka telah terlanggar treler kerana terdapat kesan remuk di bahagian depan kereta.
"Saksi mengatakan mangsa mungkin telah terlanggar bahagian belakang treler bergerak sebelum terbakar."
Menurut Dzulkhairi lagi, keadaan lebuhraya ketika kemalangan berlaku dalam keadaan basah dan licin disebabkan hujan. - www.kakishare.tv