Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Nasib Baik Tak Cium Pipi! Lelaki Ini Kongsi Kisah Cium Tangan Pemandu Grab

loading...
Bila dalam keadaan penat, pasti mudah seseorang itu mengelamun dan melakukan tindakan spontan apabila tersedar daripada lamunannya. 

Itulah apa yang berlaku kepada seorang pemuda yang secara tak sengaja bersalaman dan mencium tangan pemandu Grab ketika hendak keluar daripada kereta tersebut.

Alif Izzad menceritakan kejadian tersebut di akaun Twitternya. Menurutnya, ketika hendak keluar daripada kereta tersebut, dia menyambut huluran tangan pemandu itu dan bersalam siap dengan cium tangan sekali kerana dia ingatkan pemandu terbabit ayahnya. Memang soleh betul rasanya waktu tu.


Sebenarnya pemandu tersebut menghulur tangan kerana ingin meminta bayaran tambang dan kedua-dua mereka turut berasa janggal. Mujur pemandu tersebut mengatakan "Takpe saya faham awak mengelamun kot".

Lebih menarik, tweet Alif tentang kejadian itu turut dikongsikan oleh pemandu berkenaan di Facebooknya (FB) dan kejadian itu menjadi perbualan di group FB pemandu Grab.



Ramai juga netizen yang memuji tindakan spontan Alif dan mengatakan dia seorang anak yang baik kerana budi bahasa tersebut jarang dilakukan anak muda sekarang. 

Selang beberapa hari Alif membuat status di Twitter bahawa dia telah berjumpa dengan ayah kandungnya dan bersalam dengan 'orang yang betul'. - www.kakishare.tv

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.