"Angkat Sendirilah" - Sikap Biadap Kakitangan MAS Conteng Beg Penumpang Buat Wanita Ini Kesal
loading...
Bagi penumpang kapal terbang yang sering menggunakan kapal terbang sudah pasti akan mengalami masalah bagasi hilang, rosak dan digeladah tanpa kebenaran.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Rose Kuruvilla telah membuat aduan kepada Malaysia Airlines (MAS) atas sikap biadap pekerja bawahan di KLIA ketika dalam perjalanan untuk menaiki penerbangan ke Sydney.
Menurut wanita itu, dia bersama suami serta anak kecil mereka yang berusia 11 bulan. Selepas daftar masuk di kaunter, beg mereka dimuatkan ke atas tali penghanta tanpa ditanda terlebih dahulu.
Menyedari perkara tersebut, pekerja kaunter tersebut cuba mengejar beg mereka namun tidak berjaya.
"Staf dan penyelia cuba sebaik mungkin dengan menghubungi semua orang dari pasukan bagasi untuk mencari beg namun usaha tersebut menemui jalan buntu" tulis Rose lagi.
"Respon mereka sangat tidak profesional, biadap dan jelas sekali mereka mahu kami beredar dari kaunter supaya masalah tersebut diuruskan oleh orang lain. Malah tiada kata maaf atau penyelesaian dari mereka"
Menurut Rose, mereka diberitahu supaya tidak bimbang mengenai bagasi mereka kerana beg tersebut akan berada di dalam pesawat yang sama dengan cara apa sekalipun.
Namun begitu, Rose tidak bersetuju kerana beg tersebut tidak mempunyai sebarag tag atau nama di atasnya. Selepas sejam, kakitangan MAS berjaya menemui begnya.
Namun Rose dan keluarganya terlepas penerbangan mereka dan kemudian dijadualkan menaiki penerbangan seterusnya 12 jam kemudian.
Namun apa yang berlaku seterusnya amat mengejutkan Rose. Wanita itu memberitahu begnya tidak diletakkan sebarang nama namun dia ada meletakkan sekeping label yang bertulis "Ini Bukan Beg Anda" untuk mengelakkan diambil oleh orang lain.
Tambah mengecewakan tindakan kakitangan bawahan yang menconteng dengan kata-kata biadap tertulis "Jadi?Angkat Sendirilah!".
Menerusi satu kenyataan, MAS telah pun menjalankan siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan tegas ke atas staf terlibat.
"Kami mohon maaf atas pengalaman yang dilalui oleh Puan Kuruvilla dan keluarganya. Malaysian Airlines menganggap insiden ini perkara yang serius dan kami mohon maaf kepada Puan Kuruvilla atas sikap biadap staf bawahan kami." - www.kakishare.tv