Akhirnya Munculkan Diri.. Ingatkan Lari... Ini Jawapan Isa Samad Bila Disoal Wartawan !
loading...
PORT DICKSON - "Mana ada saya lari, wartawan ingat saya lari, mana ada lari," itu yang dikatakan oleh bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Samad ketika media merakam gambarnya sebaik beliau tiba di program Kempen Tabung Pahlawan 2017 Peringkat Parlimen Telok Kemang di Tapak Pasar Malam Batu 4 Port Dickson sebentar tadi.
Terdahulu, Mohd Isa Abdul Samad mengelak bertemu media yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.
Media menunggu beliau yang dijadual sampai ke KLIA dari luar negara jam 10 malam, untuk maklum balasnya berhubung isu pertukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, selepas menunggu lebih sejam, Mohd Isa tidak keluar dari pintu laluan khas orang kenamaan di Aras Lima walaupun media difahamkan, beliau ada menempah bilik khas di situ.
Mohd Isa sekali lagi terpalit kontroversi apabila media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Mohd Isa merupakan Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.
Sumber Sinar