Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

'Kami tak buat apa pun, dia datang bulan' - pelik lihat tindakan dikenakan kepada mereka !

loading...
KUALA KETIL - "Kami tak buat apa pun, lagipun dia datang bulan," antara alasan diberikan seorang penuntut kolej yang ditahan berkhalwat bersama teman wanitanya di Taman Insaniah, semalam.

Lelaki itu ditahan Skuad Al-Ansar dalam sebuah bilik di rumah sewa pasangannya manakala dua lagi rakan serumah pelajar wanita itu berada di bilik berasingan.

Pengerusi Al-Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perbuatan terkutuk itu sekitar 5.30 pagi.

"Selepas solat Subuh, kami segera ke rumah dimaksudkan dan ketika serbuan dua rakan wanita itu membuka pintu rumah.

"Kedua-dua pasangan itu pula didapati berada dalam sebuah bilik. Mereka mengambil masa agak lama untuk buka pintu. Ketika pintu bilik dibuka lelaki itu menyorok di belakang pintu," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kedua-dua penuntut itu diberikan hukuman rotan dan sesi kaunseling.

"Kita mengambil keputusan untuk tidak memperbesarkan kes ini, dengan tidak memaklumkan kepada ibu bapa atau menyerahkan kepada pihak berkuasa.

"Sebaliknya skuad Al-Ansar menggunakan pendekatan berdakwah secara berhemah dengan harapan mereka kembali bertaubat kepada ALLAH SWT," katanya.

Sumber Sinar

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.