Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Difitnah Seludup Dadah, Lihat Respons dan Tindakan Mengejutkan Ketua Puteri UMNO Tawau Ini !

loading...

Sejak semalam, 3 akaun Facebook memuat naik kenyataan berbaur fitnah terhadap ketua Puteri Umno Tawau dan kenyataan tersebut turut tular di WhatsApp.

TAWAU: Ketua Puteri Umno Tawau Nazliah Ali hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhubung kenyataan fitnah terhadap dirinya oleh 3 akaun Facebook.

Beliau berkata fitnah yang turut tular di aplikasi WhatsApp itu kononnya beliau merupakan wanita ditangkap pihak berkuasa Indonesia kerana menyeludup dadah ke republik itu merupakan satu pembohongan, tuduhan jahat dan tidak berasas terhadap dirinya dan parti Umno.

“Tuduhan itu mengaibkan serta menjatuhkan maruah saya sebagai ketua Puteri Umno Tawau dan secara tidak langsung mencemarkan imej baik Puteri Umno Sabah serta Puteri Umno Malaysia.

“Tiada mana-mana anggota Umno Tawau terlibat dengan tuduhan berat sedemikian,” tegasnya yang meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang memfitnah serta menularkan perkara tidak betul itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di IPD Tawau di sini selepas membuat laporan itu.

Turut hadir adalah Naib Ketua Puteri Umno Sabah Zakiah Kalipunya dan kira-kira 20 anggota Puteri Umno Tawau.

Sejak semalam, 3 akaun Facebook berkenaan memuat naik kenyataan berbaur fitnah itu terhadap Ketua Puteri Umno Tawau di laman sosial masing-masing dan kenyataan tersebut turut tular di WhatsApp.

Sumber FMT

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.