Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

(Video) 'Saya tak sengaja tergigit 'telur' dia sampai putus' - Isteri terlalu teruja ketika bersama suaminya

loading...

Seorang lelaki di Taiwan dikejarkan ke hospital selepas isterinya tergigit salah satu testikal suaminya ketika mereka sedang melakukan hubungan kelamin. 

Apabila paramedik tiba di rumah pasangan berkenaan, mereka ternampak lelaki berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Wang yang memakai baju tidur sedang memegang mangkuk yang mengandungi testikelnya, sementara isterinya berulang kali menjelaskan,


"Saya tak sengaja tergigit telur dia sampai putus!"

Laman berita Taiwan, Apple Daily melaporkan, testikel bahagian kanan digigit sehingga putus oleh isterinya, Hsieh, 49, tanpa disengajakan. 

Hsieh kemudian segera menghubungi ambulans untuk datang ke rumahnya kira-kira jam dua pagi, 26 Disember lalu. 

Wang yang bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan, telah lama berkahwin dengan isterinya dan dikurniakan dua orang anak. 


Paramedik berkata, pasangan yang panik itu menunggu kehadiran mereka di pintu masuk flat kediaman mereka di bandar Taichung, barat Taiwan. 

Wang kemudian dibawa ke Hospital Tungs Taichung untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Menurut penyelia Jabatan Kecemasan hospital itu, Doktor Lu Li-hua berkata, skrotum pesakit itu telah dijahit semula namun tesktikelnya tidak dimasukkan semula kerana bimbang terkena jangkitan kuman. 


"Kami bimbang yang testikelnya tidak dapat berfungsi kembali seperti normal, yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di masa depan," jelas Doktor Li. 

Doktor juga berkata, Wang perlu menjalani pemeriksaan tambahan bagi mengetahui sama ada insiden itu akan memberi kesan terhadap kesuburan Wang. 

Menurut sumber, Hsieh menderita penyakit mental dan dia tergigit testikel suaminya sehingga terputus kerana terlalu teruja.

Kredit TR

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.