Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

(Gambar) Kejamnya... Siapa mereka ni?

loading...
GUA MUSANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesan tiga individu yang dirakam sedang melapah kulit bangkai tapir yang mati dilanggar Ahad lalu.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya telah meneliti foto yang tular di media sosial dan tindakan lanjut kepada pelaku akan diambil.

"Ini bukan kali pertama haiwan berkenaan dilapah kerana banyak kes melibatkan haiwan yang makin pupus ini termasuk di daerah dan negeri lain. Masyarakat bertindak menyalahi undang-undang.

"Bukan sahaja kulit dilapah tinggal isi, malah muncung dan kaki haiwan itu juga dipotong. Ada juga yang mendakwa organ dan kulit haiwan itu mampu menyembuhkan penyakit.

"Walau apa jua alasan yang diberi termasuk menganggap ia sudah mati terlebih dahulu sebelum dilapah, tindakan itu tetap menyalahi undang-undang," katanya lagi.

Tambahnya, pelaku akan didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Haiwan Liar 2010 di mana kini, kertas siasatan sedang disiapkan.

"Individu disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ahad lalu, haiwan terbabit mati akibat dilanggar di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di Kesedar Renok Baru, di sini.

Sumber SinarHarian

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.