Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Sayu...Tak Rela Susahkan Ibu, 2 Beradik Sanggup Tinggal Di Pusat Kebajikan

loading...
 

Dua beradik yang baru sahaja kehilangan ayahanda mereka dua bulan lalu akibat strok otak sanggup ditempatkan di pertubuhan kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan ibunya.

Nur Asma Fatihah R Azmi, 9 dan Nur Syahira Ilya, 12, dari Kampung Besah memilih untuk ditempatkan di pusat tersebut dengan hati terbuka.

Ibunya, Lailawati Che Ahmad, 34, berkata dua daripa lima beradik itu menerima keputusan untuk ditempatkan di pusat tersebut dengan rela hati.

Menurutnya keputusan itu terpaksa dibuat kerana tidak sanggup melihat pengajian anak-anaknya terabai.


"Bukan senang nak sara anak-anak tanpa pekerjaan, suami (R Azmi Md Desa) yang jadi tempat bergantung pun dah pi buat selamanya," katanya

"Jadi selepas berbincang, dua daripadanya bersetuju untuk tinggal di pusat jagaan. Cuma kakak sulung masih tak sanggup berjauhan bersama anak berumur empat dan setahun tinggal dengan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin, Mohamad Bakre Yaakop berkata, pihaknya akan menanggung sepenuhnya pengajian dua beradik tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.