Lelaki disyaki campak dan bakar Al-Quran ditahan, rupa-rupanya dia...
loading...
JOHOR BAHRU – Seorang penganggur berusia 34 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian membakar buku agama di Surau Al-Hidayah, Jalan Pertanian, Taman Universiti, Selasa lalu.
Baca: Gagal curi duit tabung, Al-Quran dicampak dan dibakar
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Beh Eng Lai berkata, suspek ditahan di kawasan berhampiran pada pukul 2 petang, semalam.
“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.
“Suspek juga memiliki enam rekod jenayah lampau, masing-masing tiga melibatkan penyalahgunaan dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Eng Lai memberitahu, suspek juga mempunyai rekod rawatan di Hospital Permai, di sini. – UTUSAN ONLINE
Kredit TT