Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Promosi JomBayar PTPTN... Boleh Dapat Hadiah iPhone X... Begini Caranya !

loading...
Sebilangan besar pelajar di Malaysia menggunakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi melanjutkan pengajian di Kolej dan Universiti. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka dan mahu membayar balik pinjaman, anda mungkin dapat memenangi sebuah telefon pintar baru termasuk iPhone X pada bulan ini.
 



Diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20, PTPTN akan memberikan dua puluh telefon pintar kepada peminjam yang layak. Walaupun mungkin terdapat hanya satu iPhone X yang akan dimenangi, peranti lain tak kurang hebatnya seperti Huawei P10 salah satunya.

Memandangkan setiap RM1,000 pembayaran balik bersamaan dengan satu peluang pada cabutan, kemungkinan peminjam untuk memenangi salah satu daripada 20 telefon pintar akan meningkat bersama dengan jumlah pembayaran. Dengan kata lain, semakin tinggi jumlah pembayaran yang dibuat kepada PTPTN, semakin besar kemungkinan mereka memenangi iPhone X atau Huawei P10.

Walau bagaimanapun, hanya pembayaran yang dibuat dalam bulan Disember 2017 layak untuk cabutan bertuah. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawat laman web rasmi PTPTN.

Sumber : PTPTN – 1, 2 via Amanz

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.