Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

"Saya hormat dia sebagai penyanyi senior, tapi ni dah MELAMPAU!" - Andi bengang terima mesej lucah daripada artis popular

loading...
Penyanyi yang popular kerana parody lagu ‘Tak Tuntuang’, Andi Bernadee nampaknya terpaksa membuka pekung di dada. Menurut laporan dari Harian Metro, jejaka menjadi kegilaan ramai gadis ini meluahkan rasa bimbangnya terhadap artis popular yang sering menghantar mesej lucah.

“ Soalan bila nak ‘perform’ atas katil membuatkan saya berfikir penyanyi ini sudah melampau,”

Inilah antara mesej yang pernah dihantar oleh artis popular yang cuba mendekatinya sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan tersebut, Andi akui tidak mempunyai masalah dengan penyanyi ini, cuma kelakuannya membuatkan Andi kurang selesa.  Siapakah penyanyi popular tu ya?

“Namun apabila menyentuh perkara dan menggunakan ayat berbaur lucah, saya berasakan dia sudah keterlaluan. Saya hormat dia sebagai penyanyi senior, jadi saya tak nak perkara sebegini membuatkan orang beranggapan negatif,” katanya kepada Harian Metro.

Walaubagaimanapun, Andi tidak mendedahkan siapa penyanyi popular yang dimaksudkan. Namun Andi sudah banyak kali mendengar ramai artis melalui pengalaman sebegini.

Selain Andi, baru-baru ini, vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham pernah menerima gangguan seksual menerusi Instagram miliknya. Menurut Ayie individu yang tidak dapat dikenal pasti jantinanya itu turut akan memberikan habuan sebanyak RM15 ribu jika permintaannya dituruti dengan memberikan gambar lucah.

Sumber Harian Metro
Kredit Hangat

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.