Tiga Beradik Maut Hantar Umrah : Ini Reaksi Ibu Bapa Mereka Di Mekah Saat Terima Berita Kematian
loading...
KUANTAN: Ibu bapa serta adik perempuan kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Pekan-Kuantan di sini pagi tadi sudah menerima berita sedih berkenaan ketika melakukan tawaf umrah.
Salah seorang ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Basir berkata berita itu dimaklumkan kepada ibu bapa mangsa serta adik perempuannya menerusi ejen pengurusan umrah.
"Mereka reda dengan kejadian menimpa Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, mereka memutuskan untuk kembali ke Malaysia bagi melihat insan tersayang mereka buat kali terakhir.
"Ejen pengurusan umrah berkenaan memberitahu ketiga-tiga mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11 pagi esok dan dibawa terus ke Kemaman.
"Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Hospital Kemaman malam ini untuk disimpan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai. Bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sudah selesai sebentar tadi," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Pagi tadi, ketiga-tiga mangsa iaitu Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi maut selepas kereta jenis MPV mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit.
Dua lagi penumpang iaitu iabu saudara, Salmah Ibrahim, 58, serta anaknya Nurul Aliani Zawawi, 25, cedera dan dirawat di HTAA.
Sumber: BH Online
Kredit SK