(7 Gambar) Berang isteri enggan kirimkan wang, suami racun bayi 14 bulan sampai mati
loading...
Seorang lelaki tergamak memberi racun tikus kepada anaknya berusia 14 bulan sebelum dirinya juga meminum racun berkenaan kerana kecewa isterinya yang bekerja di Batam enggan mengirimkan wang.
Dalam kejadian Sabtu lalu di Cirebon, Jawa Barat, Taufik, 27, sebelum kejadian itu telah menelefon isterinya yang bekerja di Batam baru beberapa bulan bagi menyara keluarga mereka. Taufik yang menganggur dan anak kecil mereka, Kaisar Alfikal, 14 bulan, dijaga oleh kedua ibu bapanya itu, telah meminta wang daripada isterinya.
Bagaimanapun, wanita berkenaan enggan memberi wang yang dipinta oleh Taufik, menyebabkan pasangan itu bertengkar. Dalam pertengkaran itu, Taufik yang gagal mengawal kemarahan mengancam mahu meracuni anak mereka dan dirinya.
Taufik kemudian mencampurkan racun tikus di dalam susu Kaisar di rumah ibu bapanya sebelum dia sendiri meminum racun yang sama.
Kedua-dua anak beranak itu ditemui dengan mulut berbuih dan segera dikejarkan ke hospital. Malangnya bayi yang tidak berdosa itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, manakala bapanya masih di rawat di Hospital Waled, Cirebon.
Taufik yang kini ditahan polis di hospital dilaporkan stabil dan semakin pulih.
Menurutnya, dia menyesal bertindak melulu sehingga menyebabkan kematian anaknya dan mengaku dia bertindak seperti itu kerana kecewa isterinya enggan pulang tinggal bersama dengannya.
Sumber: Harian Metro