Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

'Kami sekeluarga termasuk isteri tak sedar pun yang dia sebenarnya mengandung' - Memang kuasa Allah!

loading...

Sepasang suami isteri tidak menyangka mereka akan menerima kehadiran cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 19 Disember lalu, setelah sekian lama menunggu sejak berkahwin pada 2012, lapor Harian Metro

Dengan kuasa Allah SWT, Suzana Sulaiman, 38, tidak menyedari yang dirinya mengandung selama sembilan bulan, akhirnya melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nik Alisha Solehah. Suaminya, Nik Salleh Nik Ngah, 43, hanya mengetahui isterinya mengandung selepas Suzana mengalami sakit perut dan berlaku pendarahan. 

"Pada jam lima pagi, Suzana mengadu sakit perut dan berlaku pendarahan sebelum saya membawanya ke Hospital Pekan, Pahang, untuk membuat pemeriksaan. Saya ingatkan hanya sakit biasa sebelum saya dimaklumkan oleh doktor yang Suzana sebenarnya sakit nak bersalin. 

"Terkejut, gembira, semuanya ada. Bayangkanlah kami sekeluarga termasuk isteri tidak sedar pun yang dia membawa nyawa si kecil dalam kandungan selama sembilan bulan. 

"Ketika di hospital, doktor melakukan pemeriksaan dan membuat imbasan, ternyata isteri sebenarnya mengandung dan sudah sampai masa untuk melahirkan," katanya. 

Menurut Nik Salleh, sejak mereka berkahwin pada Jun 2012, dia dan isterinya sentiasa menunggu dikurniakan cahaya mata dengan penuh sabar dan bertawakal kepada Allah SWT. 

"Kami memang tidak pernah membuat apa-apa pemeriksaan kesihatan sebelum ini, hanya menunggu dengan sabar. Kami sekeluarga tidak sedar yang isteri mengandung kerana badannya agak berisi dan kitaran haidnya tidak menentu," katanya. 
Nik Alisha Solehah dilahirkan pada jam 9.32 pagi 19 Disember lalu, seberat 2.88 kilogram secara normal dan sihat walaupun ibunya tidak pernah membuat sebarang pemeriksaan kandungan sebelum ini. 

Suzana kini sedang berpantang di rumah keluarganya di Kampung Padang Manggis, Pekan, Pahang.

"Kejutan ini juga adlaah hadiah hari lahir buat isteri saya iaitu pada 31 Disember dan dia ada beritahu saya yang dia gembira kerana tiba-tiba sudah menjadi ibu. Dahulu kami berdua, sekarang sudah bertiga. Memang tiada sesiapa pun yang sedar isteri saya mengandung sehinggalah dia melahirkan Nik Alisha Solehah," katanya. 

Selepas Suzana selamat bersalin, doktor dan jururawat bertanya kepada Nik Salleh mengenai pakaian bayi, namun mereka langsung tidak membuat sebarang persediaan kerana tidak tahu Suzana mengandung dan akan bersalin. 

"Memang tak ada apa-apa, terkejut. Tiada persediaan langsung sebab memang tidak tahu. Jadi, adik ipar saya terpaksa bergegas ke pasar raya untuk beli pakaian bayi. 

"Alhamdulillah, bersyukur dengan anugerah terindah ini. Saya berharap agar anak saya membesar dengan sihat," katanya. 

Difahamkan, kisah pasangan ini mula dikongsikan oleh Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan, Muhammad Azrie Amirudin, 28, di Instagram miliknya pada 19 Disember lalu, yang menganggap kisah itu sebagai satu keajaiban. 

"Pada waktu itu, pesakit datang kerana sakit perut dan ada pendarahan pada vagina. Perut besar sedikit tetapi tidak nampak seperti mengandung kerana badan agak berisi. Apabila buat ujian air kencing, didapati dia mengandung dan kami bertanya mengenai haid terakhirnya, pesakit kata dia tidak pasti kerana sejak remaja, kitaran haidnya tidak menentu. 

"Kes ini kecemasan dan kemudian dirujuk kepada Pakar Ginekologi serta pesakit kemudian melahirkan anak secara normal dalam masa 10 minit sahaja," katanya. 

Muhammad Azrie berkata, Suzana melahirkan bayinya cukup sembilan bulan dan kedua-duanya kemudian dipindahkan ke wad untuk pemantauan dan dibenarkan pulang pada 24 Disember lalu.

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.