Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Buka seluar, raba kemaluan, lelaki tergamak cabul anak kawan baik... baru berusia 7 tahun !

loading...
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tergamak mengambil kesempatan mencabul kehormatan anak perempuan rakan baiknya yang baru berusia tujuh tahun, dalam satu kejadian di daerah ini.

Suspek yang berusia 50-an, dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu sejak kanak-kanak tersebut berusia enam tahun lagi, tetapi hanya diketahui bapanya, 50, selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluannya, kira-kira jam 4.30 petang, Jumaat lalu.

Menurut sumber, mangsa memaklumkan kepada bapa bahawa kemaluannya sakit, sebelum menceritakan suspek memegang kemaluannya semasa sedang bermain berseorangan di bawah rumah, pada Selasa minggu lalu.

“Mangsa memberitahu semasa sedang bermain, suspek menghampirinya sebelum memaksa membuka seluar dan terus memegang kemaluannya tanpa menghiraukan kanak-kanak itu menangis kerana kesakitan.

“Mangsa turut mendakwa suspek sering melakukan perkara sama terhadapnya sejak berusia enam tahun lagi tetapi disebabkan takut kerana dipesan jangan memberitahu kepada sesiapa, mangsa hanya mendiamkan diri,” katanya.

Bagaimanapun, disebabkan tidak tahan menanggung kesakitan akibat perbuatan suspek kali ini, mangsa memberanikan diri menceritakan kepada bapanya, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Bengang dengan perbuatan rakan baiknya itu, bapa mangsa nekad membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, sebelum suspek ditahan untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan dan tangkapan suspek.

Dalam masa sama, di Kompleks Mahkamah Majistret, Sesyen, dan Tinggi Kuala Terengganu, di sini, hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, 14 (a) Akta Seksual Kanak-kanak 2017.

Kredit Sinar

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.