Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

“Mek, maaf ko ore mek. Ore banyok doso dengan mek ”

loading...
“Mek, maaf ko ore mek. Ore banyok doso dengan mek ” - Gambar SinarHarian -

BACHOK – Seorang penagih dadah yang ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok meraung dan memohon maaf daripada ibunya ketika serbuan dijalankan di Kampung Tawang kelmarin.

“Mek, maaf ko ore mek. Ore banyok doso dengan mek,” ujar lelaki berusia 30 tahun itu yang lebih empat tahun bergelumang dengan dadah dan tinggal bersama keluarganya.

Ibunya yang terharu dengan tangisan anaknya terus membalas permohonan maaf dan berharap anaknya insaf.

Ketua Pegawai AADK Bachok, Rusdi Yusof berkata, suspek antara 16 ditahan dalam operasi sekitar Kampung Pantai Senok, Tawang, Beris Pak Pura dan Telong.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam operasi itu mereka juga mengesan kes tangkapan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 yang gagal hadir untuk pendakwaan.

“Tujuh kes berjaya dikesan dan ia didakwa di Mahkamah Majistret Bachok di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagihan Dadah 1983.

“Majistret bertugas memerintahkan semua suspek menjalani pemulihan penagih dadah di Cure and Care Rehablitition Centre (CCRC) Gambang, Pahang selama dua tahun dan pengawasan AADK Bachok selama dua tahun,” katanya.

Rusdi berkata, seorang wanita berusia 35 tahun turut ditahan dalam operasi itu kerana gagal menghadirkan diri untuk pendakwaan. Suspek diarahkan menjalani pemulihan penagih dadah di CCRC Wanita Bachok selama dua tahun selepas disyorkan Pegawai Pemulihan AADK Daerah Bachok, Wan Seri Nur’ Ain Wan Mohd Ayub.

“Dalam operasi itu juga kami menahan mereka yang disyaki penagih dadah. Seramai 20 orang menjalani ujian saringan air kencing dan sembilan daripadanya adalah positif dadah jenis pil kuda atau methamphetamine.

"Semua suspek berusia lingkungan 17 hingga 47 tahun ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.

“Selain itu, satu kes diserahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok kerana mempunyai rekod pendakwaan PDRM yang belum selesai,” katanya.

Sumber Sinar

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.