Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Syaki Ada Hubungan Sulit, Suami Pukul Isteri Sampai Mati !

loading...
ANGKARA cemburu, seorang lelaki sanggup memukul isterinya sehingga mati di sebuah rumah di Matang Road, Matang, Taiping, kelmarin.

Mangsa, Noor Waheedah Abd Wahid, 38, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat trauma tumpul di kepala pada 9.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek yang berusia 40 tahun pada 9.15 pagi memaklumkan isterinya dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri selepas memukul mangsa.

Katanya, kejadian pergaduhan antara suami itu dipercayai berlaku pada waktu malam Khamis lalu.

Beliau berkata, susulan keadaan isteri suspek yang tidak sedarkan diri, mangsa dibawa ke Hospital Taiping dengan ambulans sebelum dirujuk ke HRPB untuk pemeriksaan lanjut pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat daripada perasaan cemburu suspek.

“Pemeriksaan di HRPB mendapati mangsa disyaki mempunyai pendarahan dalam otak sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.30 malam semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad berkata, hasil bedah siasat pada pagi tadi mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

“Susulan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tiga hari bermula semalam hingga esok untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, tempoh sambung reman suspek dijangka akan dipohon esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber Metro

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.