Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

(6 Foto) Menyayat Hati... Ibu Terkejut Lihat Mayat Anak Tergantung Di Tangga

loading...

Masalah remaja bunuh diri adalah gejala yang sering berlaku dalam masyarakat tanpa kita fahami mengapa kejadian tersebut boleh berlaku.

Hal ini terjadi kepada seorang remaja apabila mayat seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemukan tergantung di rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Mangsa merupakan anak kedua daripada empat orang beradik.

Ibu mangsa berkata, sebelum kejadian berlaku dia telah keluar bersama anak perempuannya pada 8.15 malam dan itu adalah kali terakhir dia melihat mangsa.

Sekembalinya ke rumah kira-kira 9.30 malam dia mendapati anak lelakinya itu sudah tergantung di bahagian tepi tangga dan terus menghubungi pihak polis.

Mangsa tinggal bersendirian dirumah ketika kejadian berlaku.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor .

"Pasukan polis telah sampai ke tempat kejadian di alamat tersebut dan mendapati seorang lelaki melayu berumur 16 tahun tergantung di tangga." katanya

Ketika ditemui malam tadi, Noorzainy berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Jadi sebarang perkembangan lanjut kita akan maklum dari semasa ke semasa.

Menurutnya, pemeriksaan polis setakat ini tidak menemui sebarang nota ditinggalkan mangsa.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh untuk mengetahui punca.

Sumber:Astro Awani , Editor:Farhana





Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.