Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

Anda Rabun? Doktor Pakar Mata Ini Dedah 3 Tips Semula Jadi Pulihkan Penglihatan !

loading...

Mata rabun merupakan salah satu penyakit yang sering kali menyelubungi setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Keadaan ini boleh bertambah parah jika ia tidak dirawat dengan segera.

Oleh sebab itu, langkah-langkah untuk mengembalikan penglihatan untuk individu yang mengalami masalah rabun kian bertambah seiring dengan arus permodenan. Misalnya, teknologi baru seperti rawatan surgeri laser iaitu LASIK dan PRK mula mendapat tempat dihati masyarakat kerana ia dikatakan berkesan serta tidak menyakitkan.

Walaubagaimanapun, perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan ini dianggarkan melebihi RM3000 hingga RM7000 dan ia agak membebankan bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Namun begitu, kita sebagai manusia mestilah sentiasa yakin bahawa setiap penyakit mesti ada penawar untuk mengubatinya.

Sebuah rancangan popular iaitu The Dr. Oz Show, ada membincangkan mengenai masalah rabun ini dan turut berkongsi tiga langkah yang boleh diambil untuk memulihkan penglihatan dengan semulajadi. Langkah-langkah ini boleh diamalkan oleh semua lapisan jika mereka ingin mengekalkan kesihatan mata mereka.

#1 Menjaga Pemakanan

Pemakanan yang sihat mampu memberi tubuh badan yang sihat. Jadi, peliharalah mata anda melalui amalan pemakanan yang sihat. Mata yang sihat memerlukan penjagaan yang teliti dan juga nutrient-nutrien penting untuk membolehkan ia berfungi dengan baik. Amalkanlah pengambilan makanan yang mengandungi vitamin A,C,E dan mineral seperti zink untuk memastikan mata sentiasa sihat dan bersinar.

Pengambilan makanan seperti sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, ubi keledek dan lobak merah amatlah sesuai untuk penglihatan anda kerana ia dapat membekalkan khasiat antioksida yang secukupnya untuk mata. Di samping itu, makanan ini juga dapat mengelak mata anda dari keterjejasan yang disebabkan oleh pancaran matahari.
Tahukah anda bahawa satu kajian telah dijalankan dan ia mendapati bahawa pengambilan sayuran warna kuning dan hijau dapat membantu untuk mengelak dari sebarang penyakit yang boleh menyebabkan mata buta.

Mata yang sihat juga sebenarnya memerlukan beberapa jenis nutrien untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.

Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula dikatakan mengandungi kandungan sulfur yang akan membantu untuk memelihara pembentukan katarak pada mata. Buah –buahan seperti beri biru dan juga anggur secara tidak langsung mampu membantu memulihkan penglihatan jika sering diamalkan.


Selain itu, pengambilan DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui di dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula bisa menyokong pertambahan sel yang akan menyumbang kepada kesihatan mata anda.

#2 Lakukan Senaman Mata

Mata juga memerlukan senaman bagi mengekalkan penglihatan yang baik. Senaman mata ini boleh dilakukan sejurus anda bangun dari tidur, sebelum tidur ataupun pada bila-bila masa sahaja.

Tetapi anda haruslah pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu untuk mengelak mata anda dari dijangkiti. Lakukanlah senaman ini setiap hari supaya anda dapat merasai kesannya.

Caranya adalah dengan menggosok tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali.

Seterusnya, pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata mengadap ke atas dan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.

Berikutnya, ambil pen dan pegang pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata anda pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.

Teruskan langkah anda dengan mengurut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung. Apabila selesai anda bolehlah bersandar, pejamkan mata, dan rehat selama 3 minit.

#3 Dapatkan rehat yang cukup untuk mata

Tidur ataupun rehat yang cukup dapat membantu menjaga kesihatan mata. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup supaya badan serta mata anda tidak akan berasa letih. Ini sedikit sebanyak akan membantu untuk membaiki dan memulih mata anda secara semulajadi. Jadi, amalkanlah tidur 8 jam pada setiap malam. Hal ini kerana tidur yang tidak cukup akan menyebabkan anda mengalami lemah penglihatan.

Lebih-lebih lagi buat anda yang bekerja di hadapan komputer setiap hari, sila pastikan anda mencari sekurang-kurangnya masa 1 jam untuk mengalihkan pandangan mata anda ke tempat lain.

Tetapi, jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, anda bolehlah meletakkan hirisan timun pada kelopak mata. Mata anda akan dapat merasai sensasi kesejukan disamping dapat melegakan kepenatannya.

Jagalah mata anda sebelum terlambat.

SUMBER: Dr. Mao Shing Ni seperti ditonton dalam siri The Dr. Oz Show, Editor: Amira
Kredit

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.