"Cikgu, Saya Nak Jumpa Adik Saya, Semalam Dia Tunggu Van Dekat Tempat Salah"
loading...
Keprihatinan seorang abang terhadap adiknya menyentuh hati orang ramai. Perkongsian daripada Noraniza Abd Rahim, mendapat perhatian ramai pihak terutama daripada ibu bapa. Orang ramai memberi respon luar biasa dengan memuji kedua ibu bapa anak-anak ini kerana telah memberikan contoh yang baik.
Kisah ini digarap seorang guru apabila seorang abang meminta izin guru kelas adiknya untuk menyampaikan sesuatu yang penting dan lagi tersentuh apabila abangnya dilihat sambil memesan abangnya membetulkan tudung sekolah adiknya dengan cermat.
M: cCikgu, saya nak jumpa adik.
C: Kenapa nak jumpa adik.
M: Nak bagi tau adik tmpat tunggu van.
C: Ok... Danisha Abang awak nak jumpa.
Saya pun curi dengar kata-kata lembut seorang abang kepada adiknya. Lunak suara abang buat saya rasa tersentuh.
C: Apa berlaku?
M: Semalam adik saya tunggu van kat tempat salah. Saya takut hari ni pun dia masih tunggu kat tempat yang salah.
C: Ooo ok, jom kita tunjuk dia tempat tunggu van yang betul
Kami sama2 pegi. Saya sangat tersentuh tengok sayang seorang abg kpd adiknya, prihatin, siap betul2kan tudung si adik. Sejuk hati saya tengok. Moga keduanya jadi anak yg soleh.