Selepas 10 Hari Bersembunyi, 'Sarjan Faiz' Kini Berjaya Ditahan... Pernah Terbabit Kes Rogol!
loading...
Lelaki yang menyamar sebagai 'Sarjan Faiz' yang melarikan seorang remaja perempuan dari rumahnya di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, 27 Disember lalu telah ditahan pihak polis di Ipoh.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, suspek berusia 32 tahun beralat di Taman Bukit Indah, Bentong, telah ditahan dihadapan hotel di Jalan Dr Nazrin Shah pada jam 2.05 pagi sabtu.
Berdasarkan hasil siasatan, suspek pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah di Mentakab, Brinchang, Pekan dan negeri lain iaitu di Bakri, Johor, Chukai, Terengganu dan Kuala Lumpur.
“Ia membabitkan kesalahan menyamar sebagai penjawat awam, penipuan, mencabul, rogol dan mencuri,” jelasnya.
Tambahnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan ditahan reman selama empat hari hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 363 dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menculik serta menyamar sebagai penjawat awam.
Pada 29 Disember 2017 lalu, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 17, dikatakan hilang selepas dia dibawa suspek terbabit konon untuk membantu mengambil motosikal yang dibeli di pekan Sungai Ruan dengan meminta izin kepada ibu mangsa di rumahnya kira-kira 11 pagi.
Pada hari yang sama, Nur Syaminn menghubungi Wan Maziah memaklumkan dia berada di Gua Musang, Kelantan, bersama suspek terbabit sebelum talian dimatikan kira0kira jam 3 petang.
Manakala, pada 29 Disember, mangsa ditemui selamat di stesen bas di bnadar Raub pada 11.05 pagi selepas menaiki bas dari Kuala Lumpur dan dibawa polis untuk siasatan lanjut.
Semnatara itu, pihak polis melakukan pemburuan suspek dan ditahan selepas 10 hari sembunyikan diri.
Sumber - Harian Metro
Kredit SK