Empat guru agama terbabit kemalangan (5 Gambar)
loading...
GUNUNG SEMANGGOL – Empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini lewat petang tadi.
Dalam kejadian jam 7 petang, kesemua mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.
Difahamkan seorang tokoh penceramah agama terkemuka, Ustaz Wadi Anuar turut menaiki kenderaan itu bersama tiga individu lain iaitu Ustaz Murtadzha Yusof, Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadzha sendiri.
Keempat-empat mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping, dengan Ustaz Murtadzha difahamkan tidak sedarkan diri, kritikal dan mengalami pendarahan dalam otak.
Ustaz Wadi pula dimaklumkan mengalami kecederaan patah tulang bahu dan belum sedarkan diri, manakala dua lagi mangsa sedar diri dan sedang dirawat.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kamunting, PBK II Zulhawi Kamaruddin berkata, setibanya jentera bersama anggota bomba di tempat kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina terbabas.
Menurutnya, terdapat empat mangsa lelaki di dalam kereta itu dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Taiping sejurus kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa diselesaikan.
Kredit TT