Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

'Jiran temui anak saya di dasar longkang' - Baru dua hari bersekolah, murid ditemui lemas

loading...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas dalam longkang berhampiran rumahnya di Kampung Padang Jaya, Kuantan, hari ini, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa, Mohd Faris Aqeel Mohd Afif, 7, ditemui oleh penduduk di dasar longkang berkenaan. Manakala adiknya, Mohd Firas Adam, 5, sempat diselamatkan dan kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). 

Bapa mangsa, Mohd Afif Abd Razak, 32, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak-anaknya itu selepas dimaklumkan oleh jirannya kira-kira jam 5 petang, terus bergegas ke lokasi. 
"Saya lihat seliparnya terapung di permukaan longkang. Kami mencarinya dan jiran menemui anak saya di dasar longkang, lalu membawanya naik. 

"Kami cuba memberikan bantuan pernafasan, namun dia disahkan meninggal dunia selepas pasukan perubatan tiba kira-kira jam 6 petang," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HTAA.

Apa yang lebih memilukan, kejadian itu berlaku selepas dua hari mangsa memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM Indera Mahkota. 

"Kejadian ini amat memilukan apabila dia baru dua hari bersekolah. Baju dan alat tulis pun ada yang masih belum digunakan, malah ada yang belum dibuka daripada bungkusan.

"Tambahan pula, isteri saya, Intan Fazwani Che Zainol, 33, kini hamil tiga bulan anak ketiga kami," kata Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) itu. 

Menurut Mohd Afif, anak sulungnya itu 'takut' dengan air sebelum ini, tetapi tidak menyangka mangsa pergi bermain situ hari ini.

"Kawasan rumah saya tidak dinaiki air, cuma kawasan longkang itu dipenuhi air akibat banjir," katanya. 

Jenazah Allahyarham Mohd Faris Aqeel Mohd Afif dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sagu.

Kredit TR

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.