Sanggup diliwat demi dapatkan suara merdu
loading...
SEORANG dukun di Jakarta, Indonesia, ditahan polis setelah didakwa meliwat kira-kira 25 anak muda yang meminta bantuannya.
Kisah pelik Alias Babeh ini bermula selepas dia dikatakan mampu membekalkan minyak pengasih untuk memerdukan suara, yang menyebabkan ramai anak muda, khususnya lelaki, datang bertemu dengannya untuk meminta minyak pengasih itu.
Namun ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi, antaranya pemberian sejumlah wang. Mereka yang gagal menyediakan wang berkenaan, akan diberi pilihan sama ada mahu 'disumpah sial selama 60 hari atau diliwat'.
"Mangsa akan diminta untuk membayar sejumlah wang. Jika gagal memberikan wang, suspek akan meliwat mangsa, tetapi jika mangsa masih enggan, suspek akan mengugut mangsa akan disumpah selama 60 hari.
"Kebanyakan mangsa masih muda, jadi apabila diugut, mereka takut," kata jurucakap polis, M. Sabilul Alif.
Menurut laporan media tempatan, bukan sahaja diliwat, mereka yang terbabit juga akan disuruh menelan bola logam kecil, yang didakwa sebagai salah satu ritual wajib jika mahukan minyak pengasih itu berkesan.
Alias yang tinggal bersendirian kerana isterinya bekerja di luar bandar, dikatakan mereka cerita tentang minyak pengasih itu mempopularkan perkhidmatannya sebagai dukun kampung.
Sumber Awani