Header Ads

Info Menarik Hari Ini..

loading...

(Video) Misteri Pantai Teluk Cempedak Berbuih Gemparkan Penduduk... Lihat Video Ni !

loading...
KUANTAN: Kemunculan gumpalan buih yang berterbangan dan memenuhi persekitaran pantai Teluk Chempedak di sini yang tular di laman media sosial hari ini mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen teruja dengan fenomena tersebut dan terdapat dalam kalangan pengguna media sosial berpendapat kejadian itu berpunca daripada tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati serta lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.

Bagaimanapun, Pengarah Alam Sekitar negeri, Rosli Zul meminta orang ramai tidak membuat andaian kerana pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubungan kejadian tersebut yang mengambil masa kira-kira tiga hari.

“Kita tidak menolak kemungkinan fenomena sama yang berlaku tahun lalu di Balok yang berpunca daripada cecair pencuci.

“Namun, saya tidak boleh mengesahkan punca fenomena tersebut kerana siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Rakaman video yang memaparkan kejadian itu tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp sejak petang ini.

-UTUSAN ONLINE

Random Posts

3/randomposts
Powered by Blogger.